Maze Runner: The Death Cure

Maze Runner: The Death Cure ialah filem aksi cereka sains 2018 arahan Wes Ball dan ditulis oleh T.S. Nowlin, berdasarkan novel The Death Cure yang ditulis oleh James Dashner. Filem ini ialah kesinambungan dari filem 2015, The Maze Runner: Scorch Trials dan merupakan filem ketiga dan terakhir dalam siri filem Maze Runner. Filwm ini dibintangi oleh Dylan O'Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Dexter Darden, Nathalie Emmanuel, Giancarlo Esposito, Aidan Gillen, Walton Goggins, Ki Hong Lee, Jacob Lofland, Katherine McNamara, Barry Pepper, Will Poulter, Rosa Salazar dan Patricia Clarkson.Maze Runner: Death Cure awalnya akan ditayangkan pada 17 Februari 2017 di Amerika Syarikat oleh 20th Century Fox, namun studio itu menukar tarikh tayangannya kepada 26 Januari 2018 di pawagam dan IMAX. Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik dan telah meraih $192 juta di seluruh dunia pada 9 Februari 2018.

Maze Runner: The Death Cure

Bahasa Inggeris
Berdasarkan The Death Cure oleh
James Dashner
Lakon layar oleh T.S. Nowlin
Muzik oleh John Paesano
Disunting oleh Dan Zimmerman
Pengarah Wes Ball
Penerbit
  • Ellen Goldsmith-Vein
  • Wyck Godfrey
  • Marty Bowen
  • Joe Hartwick, Jr.
  • Wes Ball
  • Lee Stollman
Pecah panggung $192.2 juta[2]
Mula ditayangkan 26 Januari 2018 (2018-01-26) (Amerika
Syarikat)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Gyula Pados
Tempoh tayangan 142 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar 20th Century Fox
Perbelanjaan $62 juta[2]